Sebelum ini, Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh berkata kementeriannya akan memberi fokus utama untuk menambah kelajuan internet negara ini dan menawarkan harga yang lebih rendah.

Berita baik buat pengguna Unifi, Telekom Malaysia mengumumkan harga terbaru untuk jalur lebar tersebut. Unifi 30Mbps akan ditawarkan pada harga dibawah RM100 berbanding RM179 ketika ini. Potongan sebanyak 40% ini dikhususkan buat golongan isi rumah B40.

BACA: Kerajaan Baharu Janjikan Internet Pantas, Murah

Harga untuk pelan terbaru itu bakal ditawarkan seawal 15 Julai ini. Dalam pada itu, Telekom Malaysia turut menjelaskan, pelan harga rendah tersebut mungkin tidak akan disertakan bersama Unifi TV.

Selain itu, pakej Unifi Turbo bakal ditawarkan bermula 15 Ogos ini buat pelanggan Unifi sedia ada dengan harga RM199 sebulan. Pakej ini dikatakan bakal menawarkan internet dengan kelajuan antara terpantas di Asia Tenggara.

Menurut Telekom Malaysia pihak mereka akan kongsikan lebih lanjut termasuk tawaran buat pelanggan Streamyx mengenai pelan dan harga terbaru internet yang bakal ditawarkan pada 12 Julai ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138