Bas Free KL Dipenuhi Warga Asing, Netizen Marah Betul!
Penduduk di bandar Kuala Lumpur, sememangnya beruntung kerana semua kemudahan pengangkutan awam boleh dikatakan cukup lengkap. Siap disediakan bas percuma untuk memudahkan ke masa sahaja. Paling penting tidak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas.
Beberapa hari lalu, Sinar Harian melaporkan tentang bas percuma yang dimonopoli oleh warga asing. Menurut laporan tersebut, perkhidmatan bas percuma Go KL di ibu negara dilihat memberi manfaat kepada warga asing termasuk pelancong.
BACA: Pelajar Disaran Jadi Tukang Cuci, Ganti Pekerja Asing
Hasil tinjauan mereka mendapati kemudahan itu hanya digunakan secara maksima pada waktu puncak oleh warga tempatan yang bekerja di sekitar laluan perkhidmatan disediakan.
Berita tersebut mendapat perhatian netizen yang memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Ada yang berpendapat ramai warga tempatan menaiki Grab, jadi tidak perlu marah jika warga asing jika warga asing menggunakan bas percuma tersebut.
Ada juga mengatakan, warga asing banyak menyumbang kepada ekonomi negara, jadi tiada salahnya untuk mereka menaiki bas percuma itu.
Ada juga segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana bas tersebut untuk rakyat Malaysia sahaja dan mencadangkan agar menggunakan kad pengenalan jika mahu menaiki bas percuma itu.
Soal netizen lagi, ia bukannya diskriminasi tetapi bas tersebut ditanggung oleh kerajaan menggunakan wang yang dikutip dari cukai rakyat, sedangkan warga asing tidak perlu membayar cukai.
ARTIKEL BERKAITAN:
Buku Pickup Line Ciptaan Pelajar Sekolah Viral
Gadis 14 Tahun Jual Badan 35 Kali Demi iPhone X
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- Lobak Merah