Sebut je pasar raya Family Mart, pasti ramai yang tahu menu mereka yang paling popular iaitu oden atau campuran steamboat yang berasal dari negara Jepun. Boleh dikatakan ramai ke sana semata-mata untuk menikmati oden.

Setiap kali ke sana, pasti ramai yang mengeluh kerana terpaksa beratur panjang untuk memesan oden. Selepas ini anda tak perlu jenuh beratur sebab sebenarnya anda boleh buat sendiri kuah oden di rumah.

BACA: 9 Snek Halal Anda Boleh Makan Di Jepun

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hani, rasanya memang sama seperti yang dijual di Family Mart. Paling penting, cara untuk membuatnya juga memang mudah sangat.

Bahan-bahan:

Satu peket pes tomyam
Satu peket pes asam pedas
Sedikit air limau
Air secukupnya
Fishball steamboat mix (ada jual di giant, dalam pek tu ada macam-macam jenis bebola)

Cara membuatnya:

1. Masukkan air secukupnya
2. Masukkan pes-pes, perahan limau & bebola
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Masak sehingga mendidih

Mudah rupanya nak buat kuah oden. Boleh ajak satu keluarga makan, baru puas hati bila buat sendiri. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?