Baskin-Robbins Tawar Beli 1 Percuma 1, Isnin Hingga Jumaat
![](https://vitdaily.com/app/uploads/2019/04/baskin-robbins-is-having-a-buy-1-free-1-promotion-from-now-until-end-2019-every-mon-to-fri-world-of-buzz-650x408.jpg)
Ini semestinya berita baik buat peminat aiskrim Baskin-Robbins. Bersempena dengan ulang tahun ke-31 jenama aiskrim popular itu dan sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia, Baskin-Robbins menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk saiz single regular scoop.
Promosi bermula 15 April itu diumumkan menerusi laman rasmi Baskin-Robbins dan ditawarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Difahamkan waktu promosi pula bermula jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.
BACA: Perkenal Aiskrim Perisa Sos Tomato, Netizen Kata Menjijikkan
We are thankful that Malaysian has been supporting us for 31 years! Let's party with Buy 1 Free 1 on selected items for everyone! Call up your buddies and have your treat! T&C applies.#BRHappyHour#BRB1F1
Posted by Baskin-Robbins on Ahad, 14 April 2019
Setakat ini tidak dimaklumkan sampai bila promosi itu akan berlangsung dan tiada terma atau syarat rasmi yang diumumkan. Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Baskin-Robbins berhampiran anda.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram