Batal Tempahan Grab Bakal Dikenakan Denda RM3 Hingga RM5
Sebelum ini kita terdengar banyak kes dimana pemandu Grab sering menjadi mangsa pelanggan tidak bertanggungjawab yang bertindak membatalkan tempahan. Ini bukan perkara kecil kerana pemandu terpaksa menanggung kos perjalanan ke lokasi pelanggan.
Bagaimanapun selepas ini Grab Malaysia akan mengenakan bayaran kepada pelanggan yang membatalkan tempahan atau terlambat untuk menaiki kenderaan yang sudah ditempah bermula 25 Mac ini.
BACA: Ini Punca Grab & Uber Didenda RM39 Juta
Menerusi Polisi Pembatalan Penumpang yang dikemas kini, Grab berkata, penumpang yang membatalkan tempahan lima minit selepas mendapatkan pemandu akan dikenakan caj bayaran antara RM3 hingga RM5.
Jumlah sebenar bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah pelanggan.
Untuk perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTax (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab ke lapangan terbang, caj pembatalan akan dikenakan sebanyak RM3.
Manakala untuk perkhidmatan GrabCar Premium atau GrabCar Luxe di mana penumpang menempah kenderaan ke lapangan terbang, pembatalan akan dikenakan caj RM5.
Bagi perkhidmatan GrabShare, penumpang hanya diberi masa tiga minit ke lokasi sebelum pemandu dibolehkan untuk membatalkan tempatan tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- Cari Forum