Beg Gucci RM3,700 Ini Disamakan Dengan Bekas Ais
Mesti ramai yang masih ingat lagi jenama pakaian Zara pernah dikecam selepas menghasilkan skirt seperti kain sarung.
Terbaru, jenama terkemuka dunia, Gucci memperkenalkan rekaan beg terbaru mereka. Rata-rata netizen menyamakan rekaan beg tersebut dengan bekas ais.
BACA: Orang Asia Kecam Rekaan Kain Sarung Zara
Kalau dah jenama Gucci, harga pun mestilah mahal. Beg Gucci Koleksi Musim Panas 2018 itu dijual dengan harga USD$949 (RM3,700).
Didatangkan dengan warna merah jambu, di bawah beg tersebut mempunyai logo “Guccification’, ‘Sine Amore Nihil’, ‘Summer MMXVII’ and ‘XXV’.
Ini bukan pertama kali Gucci memperkenalkan koleksi yang dianggap ‘mengarut’. Sebelum ini, Gucci pernah menghasilkan kasut seperti kasut sekolah yang ‘kotor’.
Nampaknya, industri fesyen dilihat seperti sudah kekeringan idea. Lepas ni mungkin kita akan lihat topi seperti bekas ais pula.
ARTIKEL BERKAITAN:
Dikecam Kerana Guna Perkataan ‘Dara’
Panggilan Prank Dikecam, Hot FM Mohon Maaf
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?
- SUMBER
- World of buzz