Beli Air RM1.80, Lelaki Mengamuk Kata Awek Tak Layak Jadi Isteri
Zaman sekarang, hal kecil pun boleh jadi punca pergaduhan antara pasangan kekasih. Namun berbeza dengan kisah pasangan kekasih dari China ini yang bergaduh hanya kerana teman wanita membeli sebotol minuman bergas.
Dengar agak pelik, tapi benar. Memetik laporan ET Today, gadis tersebut bercerita kisah dimarahi teman lelakinya di Weibo. Gadis itu memberitahu, dia dimarahi teman lelakinya kerana membazir dan mengatakan dia tidak layak menjadi isteri.
BACA: 3 Tahun Minum Air Kencing Sendiri, Lelaki Dakwa Makin Bijak
“Namun sebaik sahaja teman lelaki saya melihat saya minum minuman itu, dia amat marah. Dia kata saya membazir dan tiada ciri-ciri untuk dijadikan isteri,” kata gadis tersebut.
Gadis itu berkata lagi, minuman tersebut tidak mahal dan hanya berharga RMB3 (RM1.80). Kata gadis itu lagi, mereka sudah bercinta selama tujuh tahun.
“Kita sudah mahu pulang tetapi kamu beli sebotol coke. Adakah kamu fikir ia perlu? Minuman ini tidak bagus untuk kesihatan.
“Selain itu kita sudah menjerang air dirumah yang lebih baik daripada minuman itu,” kata lelaki tersebut.
Lebih menyedihkan, gadis itu memberitahu teman lelakinya itu turut membandingkannya dengan teman wanita rakannya yang membawa sendiri air dari rumah setiap kali keluar.
“Wanita seperti ini adalah isteri mata duitan. Perjalanan kita masih panjang. Saya harap apa yang berlaku hari ini tidak berulang lagi.
“Saya mencari wanita yang bijak berbelanja dan mengurus rumah tangga, bukan seorang yang suka membazir,” kata lelaki berkenaan.
Macam-macam ragam orang sekarang, hanya kerana beli air terus ‘cop’ mata duitan. Apa pendapat lelaki diluar sana tentang kisah ini?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- mStar Online