Rasanya pasti ramai di antara anda pernah makan sesuatu dan rasa makanan tersebut sedap sangat. Tapi biasalah, mesti kita ada satu tabiat dan akan kata kedai makan tersebut menggunakan pelaris untuk sedapkan makanan.

Tapi bagaimana pula, jika makanan yang kita makan itu adalah benda yang kita tidak sepatutnya makan atau diharamkan untuk makan?

BACA: Video Tuan Kucing Ini Buatkan Netizen Sebak

Baru-baru ini perkongsian seorang gadis dimana dia pernah termakan daging kucing tular di laman Twitter. Menerusi Tweet tersebut, gadis itu mengakui rasa daging kucing sememangnya sedap.

Ujarnya lagi, dia tidak menyangka kedai tersebut menghidangkan daging kucing dan lebih mengejutkan banyak tengkorak kucing di belakang kedai tersebut.

Berkongsikan cerita mengenai kedai nasi kukus tersebut, gadis itu memberitahu kedai tersebut sememangnya popular kerana saiz ayamnya lebih besar dari saiz yang biasa dijual. Namun rupanya daging yang digunakan itu bukanlah ayam sebaliknya daging kucing.

Katanya lagi, pengalaman hitam tersebut membuatkan dia trauma untuk makan paha ayam. Tidak mendedahkan nama kedai tersebut, namun gadis itu memberitahu kedai tersebut terletak di Terengganu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen meragui kesahihan cerita tersebut dan berpendapat ia hanya rekaan semata-mata. Kata netizen lagi, jika cerita itu benar, pasti akan ada berita tentang kedai makan tersebut.

Betul juga apa yang dikatakan netizen, jika benar cerita berkenaan pasti akan kecoh satu Malaysia. Apa pun, janganlah sampai bagi pelanggan makan daging kucing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥