Umum mengetahui, April tahun lalu kedai roti The Loaf yang dimiliki Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ditutup selepas 12 tahun beroperasi.

Ini berita baik buat peminat kedai roti premium itu dimana ianya telah dibuka semula oleh pemilik baru, syarikat pembinaan Ekovest Bhd.

BACA: Menteri Dedah Perangai Mahathir Ketika Mesyuarat

Pengerusi Eksekutif Ekovest Lim Kang Hoo berkata pihaknya membeli kesemua kepentingan The Loaf dan usaha berkenaan merupakan sebahagian rancangan Ekovest untuk menembusi sektor makanan dan minuman (F&B).

Foto: KLIA2

Terdahulu, Mahathir dilaporkan berkata beliau cuba menjual kedai roti premium itu bagi mendapatkan dana kempen untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

The Loaf sebelum ini merupakan usaha sama antara Mahathir dan sebuah syarikat berkepentingan Jepun, Motoko Resources Sdn Bhd.

Setakat ini Ekovest telah membuka semula empat kedai The Loaf iaitu cawangan di Langkawi, Pavilion, Sunway Pyramid dan Nu Sentral.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni 😱