Beli Kebab Daging Di Bazar Ramadan Tapi Tak Ada Daging
Tak sampai seminggu kita menyambut bulan Ramadan, tapi dah macam-macam cerita kita dengar mengenai situasi di bazar. Kalau tahun-tahun lalu kita dengar ada yang beli karipap tapi inti oksigen, tapi kali ini hidangan kebab pula.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang netizen berkongsikan pengalamannya yang membeli kebab berintikan daging di bazar Ramadan dengan harga RM3.50. Namun apa yang membuatnya kecewa adalah kebab tersebut tidak mempunyai daging hanya sos sahaja.
BACA: OKU Pun Boleh Berjaya, Jual Kebab Raih RM8,000 Sehari
Perkongsian pemuda itu mendapat perhatian warga netizen lain yang berjenaka di atas peristiwa tersebut. Ada yang mengatakan “daging dijual berasingan”. Malah ada yang bertanyakan sama ada itu adalah kebab atau apam balik.
Rata-rata netizen terkejut dengan insiden yang dialami oleh pemuda itu. Tidak kurang juga ramai yang mengecam tindakan peniaga tersebut yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.
Namun, ada juga yang berpendapat mungkin peniaga tersebut terlupa untuk memasukkan inti memandangkan ramai pelanggan lebih-lebih lagi jika di bazar Ramadan.
Apa pun diharap, kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat peniaga di luar sana agar tidak mengambil kesempatan ke atas pembeli. Takut nanti pembeli bertindak viralkan perkara itu media sosial walaupun ianya tindakan yang tidak disengajakan.
- SUMBER
- Cari Forum