Setiap kali tiba bulan Ramadan, memang pening kepala mak-mak nak fikirkan juadah untuk berbuka puasa. Siapa yang suka sangat ayam panggang atau golek, tak perlu lagi cari di bazar Ramadan, sebenarnya anda boleh buat sendiri sahaja dirumah.

Paling penting, resepi yang dikongsikan oleh Sitjua Jua menerusi Facebook Masak Apa Hari Ini(MAHN) sememangnya sangat mudah dibuat.

Jika beli di bazar, harga untuk seekor ayam panggang mencecah RM20. Jadi, lebih baik jika anda buat sendiri dirumah dimana ianya lebih jimat dan berbaloi. Memang viral resepi ini sehingga mendapat lebih 34,000 perkongsian.

BACA: Tak Perlu Ketuhar, Masak Ayam Ala Panggang Guna Periuk Nasi

Bahan-bahan:

1 ekor ayam yang sudah dibersihkan

Bahan-bahan perapan:

1/2 biji bawang holang
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
2 inci halia
1 kiub patu ayam
1 sudu besar kicap manis

Cara membuatnya:

1. Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar dan kisar halus


2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dengan garam, seterusnya perap ayam dengan bahan yang dikisar tadi.


3. Letakkan sesudu kicap manis
4. Gaul sekata, saya perap satu malam, simpan dalam peti sebab nak bakar esok untku bawa bekal


5. Bangun pagi-pagi, ambil ayam tersebut masukkan dalam air fryer. Saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.


6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sgt!

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi