Gara-gara insiden bendera negara Indonesia tersilap cetak dalam buku cenderamata pembukaan Sukan SEA, penggodam laman web negara itu bertindak menggodam beberapa laman web Malaysia kerana tidak berpuas hati mengenai insiden terbabit termasuk insiden perlawanan sepak takraw wanita yang terjadi beberapa hari lepas.

BACA: Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak

Antara laman web yang digodam termasuklah sebuah laman web sekolah berasrama penuh termuka di negara ini iaitu Sekolah Seri Puteri.

Dalam video berdurasi selama 17 saat yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Twitter, @HajikuHaikaru menunjukkan laman web itu tidak boleh diakses.

Malah, tulisan yang ada di laman utama tersebut menyebut mengenai isu bendera dan atlet mereka serta kata-kata kesat yang ditujukan kepada rakyat negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah pun bersemuka untuk memohon maaf dengan Menteri Belia dan Sukan negara tersebut pada Ahad lepas.

Kedua-dua kes dipercayai sudah selesai namun terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati mengenai insiden-insiden yang berlaku membabitkan negara berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bubur Ayam Ganja Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03