Berat Badan Hampir 100 Kg, Lelaki Ini Amalkan Diet Puasa 16 Jam
Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Jadi tidak hairan, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus untuk jalan pintas tanpa tahu bahaya akan menimpa.
Namun seorang pemuda dikenali sebagai Hezry nekad untuk menurunkan berat badan dengan cara semula jadi dan sihat meskipun berat badannya mencecah hampir 100 kilogram.
BACA: Tak Perlu Cara Ekstrem, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 15 Kg Dalam 3 Bulan
Just a thread about me:
On the left is on 2016 and on the right is 2019Untuk yang tak tau i pernah jadi gemuk dulu almost reach 100kg okayy….
Sebabtu bila ada orang talk about someones flaws i ada allergic sikit
Korang bukan tak cantik,cuma kena usaha lebih pic.twitter.com/66xZnMPBzp
— hezry✨ (@HuszreeTokiman) August 23, 2019
Hezry juga tidak terlepas menjadi bahan ejekan kerana bentuk fizikalnya namun dia meluahkan rasa syukur mempunyai rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya.
Menurut Hezry, suatu hari dia bertanyakan kepada dirinya sampai bila dia mahu membiarkan orang mengejeknya dan dia terus memasang niat untuk menurunkan berat badannya.
Hezry mengakui pada awal bulan pertama adalah tempoh paling sukar dan dia hampir putus asa. Namun dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga akhirnya dia berjaya mendapatkan berat badan idaman.
Tidak lokek berkongsikan tips, Hezry berkata dia makan seperti biasa tetapi porsi dikurangkan. Hezry turut mengamalkan minum air kosong 3 liter sehari dan melakukan senaman.
Hezry turut berkongsikan tips dimana dia puasa selama 16 jam dan hanya 8 jam makan seperti yang diamalkan oleh Lisa Surihani.
Turut dikongsikan senaman yang dilakukan oleh Hezry untuk mengecilkan bahagian perut. Dalam pada itu, Hezry turut memberikan kata-kata semangat buat mereka diluar sana bahawa anda bukan tidak cantik tetapi perlu berusaha untuk jadi cantik.
Diharap perkongsian Hezry ini dapat diguna pakai oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan dan dapat dijadikan inspirasi bahawa tiada yang mustahil andai kita berusaha.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Hezry