Kalau dah nama pun pertunjukan fesyen, perkata pertama yang terlintas di fikiran rata-rata yang hadir akan melaram dengan fesyen terkini dan pakaian yang digayakan mahal-mahal belaka.

Namun lain pula dengan seorang gadis ini yang hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dengan hanya memakai baju yang dibeli di pasar malam sahaja.

BACA: Wifi Percuma Di Pasar Malam Ipoh

Semuanya bermula apabila gadis tersebut yang dikenali sebagai Farah mengatakan dia akan memaki gaun tersebut ke KLFW jika status Twitternya itu mendapat 10 retweet.

Apa yang mengejutkan, perkongsiannya itu mendapat sebanyak hampir 9,000 retweet. Meskipun statusnya itu hanya gurauan semata-mata namun dia menyahut cabaran untuk memakai baju tersebut.

Malah seorang rakannya sanggup membelikan gaun tersebut dari pasar Malam di Kelantan.

Seperti yang dijanjikan, gadis itu muncul di KLFW dengan memakai gaun tersebut. Farah turut berkongsikan videonya menggayakan gaun tersebut sebagai bukti.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji gadis tersebut yang menepati janji dan berani menyahut cabaran itu. Tidak kurang juga ramai netizen mengatakan gadis itu tetap nampak cantik dengan pakaian tersebut.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan pengajaran untuk kisah gadis ini ialah jangan main-main dengan warga Twitter. Bak kata peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉