Harga ikan dan ayam yang mahal membuatkan orang ramai lebih berhati-hati dalam merancang membeli barang basah di pasaraya atau di pasar pagi.

Kadangkala harga di kedua-dua tempat ini tiada jauh beza dan mahal. Oleh itu, ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat jualan ikan murah di Shah Alam semalam.

BACA: Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free

Kelihatan orang ramai sanggup beratur panjang dalam hujan demi membeli ikan dan ayam dengan harga murah di tapak pasar malam pangsapuri Seksyen 7 sejak 3.30 petang lagi.

Antara hasil laut yang terdapat di pasar tersebut ialah ikan kembung, ikan cencaru, ikan sardin, ikan mabong yang dijual pada harga RM5 sekilogram dan ayam proses berharga RM10 seekor.

Sumber dari themalaysianinsight.com

Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam, Datuk Azhari Shaari memberitahu ini adalah kali kedua pasar jualan murah itu diadakan di Shah Alam.

Sebelum ini, pasar berkenaan diadakan di Seksyen 24 dan menjual lima tan ikan dan dua tan ayam proses kepada orang ramai.

Gambar sekadar hiasan

“Maklum balas yang diterima daripada akar umbi begitu memberangsangkan berikutan rakyat mampu membeli makanan segar pada harga lebih murah dan kita berharap untuk meneruskan inisiatif ini di Shah Alam setiap bulan,” katanya sambil memberitahu dua tan ikan segar terjual tak sampai sejam dijual.

Selain ikan dan ayam, pasar itu juga menjual pelbagai sayur-sayuran dan dengan harga murah serta gas memasak yang berharga RM20 setiap satu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ingatkan Daging Babi, Rupanya Daging…
Kepala Ikan RM600, Restoran Mamak Diterjah KPDNKK

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!