Kepada anda yang ingin menyaksikan hujan meteor, kini anda tak perlu pergi jauh kerana bulan depan fenomena luar biasa itu dijangka akan berlaku di Malaysia.

Boleh la anda membawa keluarga melihat hujan meteor di kawasan gelap yang bersesuaian seperti di pantai dan kawasan yang gelap.

BACA: Misteri Hujan Turun Hanya Di Satu Rumah

Sumber dari vanderbiltmuseum.org

Ketua Penolong Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, memberitahu hujan meteor Geminids boleh dilihat kira-kira 120 meteor sejam pada tahap maksimum menggunakan mata kasar bermula dari 9 malam pada 13 Disember ini hingga 6 pagi 14 Disember nanti.

“Titik asal pancaran hujan meteor ini berpunca daripada buruj Gemini di langit utara apabila bumi merempuh banyak debu di angkasa lepas di bekas laluan asteroid 3200 Phaethon yang menyebabkan fenomena itu berlaku,” katanya sambil mencadangkan Bukit Fraser dan Teluk Kemang, Port Dickson antara lokasi paling sesuai untuk melihat hujan meteor.

Sumber dari islamidia.com

Selain itu, lokasi lain juga sesuai untuk melihat fenomena ini asalkan ianya gelap supaya dapat melihat meteor dengan jelas seperti di kawasan pedalaman, pinggir hutan serta tepi pantai.

Malah, Zamri turut menasihati orang ramai agar menjaga keselamatan diri untuk mengelakkan daripada bahaya.

Sempat lagi kalau nak merancang untuk melihat hujan meteor bulan depan, yela bukan selalu dapat lihat fenomena seperti ini di negara sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut
Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu