Berdosakah Kita Jika Mereka Yang Dipotong Barisannya Tak Reda?
Selain pada musim perayaan, setiap kali waktu pergi atau pulang dari tempat kerja antara waktu puncak pasti rata-rata jalan raya akan mengalami kesesakan lalu lintas.
Dengan tersangkut hampir berjam-jam di dalam kesesakan tersebut, pasti timbul rasa bengang jika ada pemandu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan memotong barisan.
BACA: Pegawai Perubatan Dedah Orang Singapura Paling Ramai Guna Laluan Kecemasan
Namun, pernah tak anda terfikir sama ada berdosakah kita jika mereka yang dipotong barisannya itu tidak reda? Ini penjelasan oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki.
Dalam hal itu, syariat sebenarnya telah mengajar kita semua perkara dalam agama dan tidak ada suatu pun yang tertinggal. Ini menunjukkan agama Islam ialah holistik dan relevan setiap masa dan zaman.
Memotong barisan kenderaan, masuk simpang tidak memberikan lampu isyarat, memandu perlahan di lorong tengah dan selainnya ialah hubungan manusia berinteraksi sesama manusia lain yang wajib dihormati antara satu sama lain.
Secara asasnya, terdapat hadis umum sahih yang mana Nabi Muhammad SAW menggalakkan supaya manusia saling membantu, memudahkan urusan orang lain dan sebagainya.
Maka sebagai umat yang bermasyarakat, maka sudah menjadi common sense untuk kita saling memudahkan.
Jika perbuatan dilakukan hingga menimbulkan kemarahan, makian, pergaduhan dan perbalahan, maka ia perlu dielakkan kerana perkara yang ditegah oleh agama sememangnya perlu dihindarkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian
- Sumber gambar