Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri. Mengumpul nombor plat kereta unik juga merupakan salah satu hobi kepada sesetengah individu yang gemarkan kelainan, malah ia memberi makna yang istimewa buat pemiliknya. Peminat nombor plat kereta unik pasti tertunggu-tunggu setiap kali nombor plat baru dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA: Bihun Sup Daging ‘Lebih’ Makin Popular

Nombor plat terbaru dikeluarkan oleh pihak JPJ baru-baru ini menjadi rebutan ramai ekoran gabungan huruf dan nombor menjadikan ia sebagai FA12 atau dibaca seperti FAIZ.

Setakat ini, seramai 20 orang pemohon berminat dengan nombor plat terbabit berdasarkan sistem pengkomputeran MySikap, menurut JPJ. “Harga tertinggi bagi bidaan nombor pendaftaran FA12 mencecah RM165,000,” ujar pihak JPJ kepada mStar.

Menurutnya, nombor plat tersebut dikeluarkan pada 21 Julai lalu dan ia merupakan antara 8,158 nombor plat bersiri F yang didaftarkan pada kenderaan pada ketika ini. Tambahan pula, sebanyak 11,683 tempahan bagi nombor pendaftaran F sejak 1 hingga 14 Jun pada tahun lepas.

Bahkan, nombor pendaftaran itu merupakan tempahan kedua tertinggi selepas WWW pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdahulu, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Sultan Johor berjaya memiliki nombor plat F1 dengan memenangi bidaan tertinggi iaitu RM836,660.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar