Wabak misteri coronavirus yang melanda di wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara itu sendiri malah di seluruh dunia. Lebih panik, apabila jumlah kematian meningkat kepada 259 orang dicatatkan hari ini.

Susulan wabak tersebut, satu lakaran bendera negara China yang dikeluarkan oleh salah sebuah agensi media Denmark, Jyllands-Posten menumbulkan kemarahan kerajaan China.

BACA: Ragut Lebih 200 Nyawa, WHO Isytihar Coronavirus Amaran Kecemasan Antarabangsa

Kedutaan Besar China di Denmark menuntut permintaan maaf apabila akhbar tempatan negara itu, Jyllands-Posten menerbitkan gambar bendera China dengan mengubah lima bintang kuning menjadi virus korona.

Kedutaan China menyifatkan perkara itu sebagai penghinaan dan menyakiti perasaan rakyat China.

Mereka menambah apa yang dilakukan oleh akhbar terbabit telah melintasi ‘batas etika kebebasan bersuara’ dan mahukan kenyataan maaf secara terbuka kepada masyarakat di China.

Bagaimanapun memetik laporan Reuters, Ketua Pengarang Jyllands-Posten Jacob Nybroe mengatakan bahawa akhbar itu tidak akan meminta maaf di atas sesuatu yang tidak salah.

Ini bukan kali pertama Jyllands-Posten yang merupakan akhbar terbesar di Denmark itu mencetuskan kontroversi.

Pada 2005, akhbar itu pernah menerbitkan lakaran kartun menggambarkan Nabi Muhammad yang membawa kepada protes di seluruh negara Islam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?