Tahukah bahawa anda boleh menanam pokok ganja di Malaysia bagi tujuan perubatan dan kajian? Anda boleh berbuat demikian tetapi perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 terdapat ruang untuk tujuan itu dengan syarat ia perlu mendapat kebenaran dahulu.

BACA: Kajian: Marijuana Mampu Membunuh Sel Kanser

Namun pokok ini tidak boleh ditanam sesuka hati sebaliknya perlu dikawal sebaiknya supaya tidak akan disalahgunakan untuk tujuan lain.

“Baru-baru ini saya ada baca di akhbar mengenai (kejayaan) rakyat Malaysia menghasilkan minyak ganja, jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan (kajian) di dalam negara.

“Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan… sebab itu, penting untuk dapatkan kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu, sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya pokok ganja itu mampu memberikan kemujaraban dari segi perubatan, pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu serta mengikut peruntukan undang-undang.

“Mungkin satu hari nanti, jika Malaysia ada bahan sebegitu, mungkin kita boleh menjadi pengeksport tetapi mengikut undang-undang,” katanya.

Kini ada beberapa negara membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan antaranya Kanada, Australia, beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), beberapa negara Eropah, Korea Utara dan beberapa negara Amerika Selatan, paling terbaru Thailand.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥