Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan letupan yang berlaku di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia, semalam berpunca daripada peninggalan bom zaman Perang Dunia Kedua.

BACA: Api Misteri Ikut Keluarga Pindah

Amar menjelaskan bahawa bom berkenaan meletup secara tiba-tiba ketika pembinaan sedang berjalan sekaligus menyebabkan tiga warga Bangladesh cedera parah dengan dua daripada mereka putus kaki.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPIM), menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.23 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Ketiga-tiga warga Bangladesh tersebut telah pun dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram