Bomba Kedah Terima Panggilan ‘Binatang Buas’ Dalam Almari Tapi Rupanya
Seperti kita tahu selain memadam kebakaran pasukan bomba sangat diperlukan sekiranya berlaku situasi cemas terperangkap di dalam kereta, di dalam lif, menyelamatkan haiwan dan apabila menerima aduan haiwan liar sesat.
Namun, perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter @999Malaysia ini ternyata melucukan apabila pihak bomba Alor Setar, Kedah menerima panggilan mengenai ‘binatang buas’ di dalam almari.
BACA: Dua Beradik Bakar Rumah Sebab Seronok Tengok Bomba Padam Api
14 Dis 2019 – KEDAH
(MERS 999) Terima panggilan BINATANG BUAS dalam ALMARI sekitar kawasan Anak Bukit.Jentera Bomba, anggota, kelengkapan PPE serta alatan yang sepatutnya di gerakkan ke lokasi kecemasan…
Maka terciptalah sejarah untuk seluruh warga Bomba Alor Setar pic.twitter.com/G9wrKego9y— Friends of 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) December 14, 2019
Seperti biasa, jentera bomba dengan alatan lengkap dikerahkan ke lokasi kecemasan. Namun rupanya ‘binatang buas’ yang ditemui di dalam almari tersebut hanyalah seekor lalat.
Perkongsian tersebut ternyata membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan penemuan ‘binatang buas’ itu. Tidak kurang juga ada yang menyindir individu yang membuat laporan dengan mengatakan ‘binatang’ tersebut sememangnya sangat buas.
Malah, ada yang mengatakan sebaik sahaja bomba tiba binatang buas terus bertukar menjadi lalat.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat meskipun perkongsian itu lucu namun tindakan individu tersebut menyusahkan pasukan bomba yang terlibat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram