Botol Sos Tomato Bertatu Ed Sheeran Dilelong RM8,000
Siapa sangka ada yang sanggup membeli botol sos berharga RM8,000. Tapi botol sos yang dijual ini bukan biasa-biasa kerana ia mempunyai corak tatu penyanyi Ed Sheeran.
Difahamkan hanya 150 botol edisi khas ‘Ed Sheeran X Heinz Tomato Ketchup dihasilkan. Menariknya, lukisan tatu pada botol sos menggunakan dakwat yang sama dengan tatu penyanyi lagu Perfect itu.
BACA: Perkenal Aiskrim Perisa Sos Tomato, Netizen Kata Menjijikkan
Tiga botol pertama masing-masing dijual dengan harga 1,050 pound (RM5,323.87), 1,100 pound (RM5,577.39) dan 1,500 pound (RM7609.87).
Pengarah hal ehwal korporat Kraft Heinz, Nigel Dickie berkata, 150 botol itu bagi menandakan ulang tahun ke-150 Heinz.
Kata Nigel lagi, pihaknya beranggapan tidak ramai pembeli akan membuka botol terbabit namun ia mengandungi sos tomato yang boleh dinikmati.
Sementara itu, sebanyak 104 botol itu akan dijadikan hadiah dalam satu cabaran global.
Semua wang yang dikutip hasil jualan botol istimewa itu akan disumbangkan kepada badan amal kebajikan iaitu East Anglia’s Children’s Hospices dan oranisasi antarabangsa Rise Against Hunger.
Untuk pengetahuan anda, Ed Sheeren sebelum ini pernah mendedahkan dia adalah penggemar sos tersebut, malah mencacah tatu ‘Heinz Tomato Ketchup’ pada lengannya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Reuters