Bermula minggu hadapan, sesiapa yang melakukan kesalahan zina dan seks sejenis di Brunei akan dikenakan hukuman rejam sampai mati.

Undang-undang Syariah itu sudah lama mahu diperkenalkan namun ditunda selama empat tahun ekoran kritikan hebat yang diterima. Ternyata perlaksaan undang-undang baru itu mengejutkan kumpulan-kumpulan hak asasi yang menyuarakan bantahan semalam.

BACA: Media Sosial, Sekolah Asrama Punca Gejala LGBT Meluas

Malah mereka juga menggesa agar segera menghentikan pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Brunei juga turut akan melaksanakan kanun jenayah yang lebih berat itu merangkumi hukuman memotong tangan dan kaki bagi kesalahan mencuri bermula Rabu depan.

Perbuatan homoseksual sudah diharamkan di Brunei namun kini ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Undang-undang Syariah bagaimanapun hanya berkuat kuasa ke atas umat Islam sahaja.

Boleh dikatakan Brunei mengamalkan hukuman Islam yang lebih tegas berbanding negara-negara jiran Malaysia dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱