Nampaknya, Malaysia akan mengikut jejak langkah negara maju seperti Amerika Syarikat, dimana anda boleh menyemak senarai rekod pesalah jenayah seksual kanak-kanak bermula 1 April ini.

Difahamkan, sistem berkenaan mempunyai lebih 3,000 nama pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak sejak 2017 hingga Februari 2019 mengikut Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

BACA: Kakak ‘Backup’ Suami Rogol, Liwat Adik Kandung Hingga Hamil

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, sistem tersebut diperkenalkan bagi memudahkan ibu bapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pengasuh atau pihak taska dengan membuat semakan melalui sistem ini untuk memastikan individu tersebut bebas rekod jenayah terhadap kanak-kanak.

Semakan boleh dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri atau daerah dengan mengemukakan kad pengenalan individu tersebut untuk semakan.

Jika permohonan disemak di JKM negeri, maklum balas carian akan diperoleh serta merta. Jika dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, keputusan carian akan mengambil masa lima hari bekerja.

Apa pun fasa pertama Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK) yang diperkenalkan oleh kerajaan ini sememangnya sangat diperlukan dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉