Umum mengetahui sepatutnya pada bulan April lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menguatkuasakan undang-undang hukuman rejam sampai mati pada rakyat negara tersebut yang melakukan kesalahan zina dan seks sejenis.

Perlaksanaan undang-undang tersebut menerima kritikan hebat termasuk dari kalangan selebriti Hollywood seperti George Clooney dan Elton John. Oleh itu,  Sultan Hassanal Bolkiah memaklumkan hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam Perintah Kanun Keseksaan Syariah (SPCO).

BACA: Brunei Akan Kenakan Hukuman Rejam Bagi Zina, Seks Sejenis

Ada beberapa jenayah yang membawa hukuman mati di Brunei termasuk bunuh dan pengedaran dadah, namun tiada hukuman dilaksanakan sejak 1990-an.

“Saya sedar wujud banyak persoalan dan salah faham mengenai pelaksanaan SPCO. Namun, kami percaya apabila isu ini selesai, merit undang-undang ini akan lebih jelas.

“Sejak lebih dua dekad, kita melaksanakan moratorium pelaksanaan hukuman mati untuk kes di bawah undang-undang ‘common law’. Moratorium ini juga akan dilaksanakan terhadap SCPO secara lebih meluas,” katanya.

Terdahulu, Brunei mencetuskan kemarahan masyarakat, selepas melaksanakan undang-undang syariah, 3 April lalu, dengan memperkenalkan hukuman rejam sampai mati untuk kesalahan meliwat, seks luar nikah dan rogol.

Malah masyarakat antarabangsa dari negara barat beranggapan perlaksaan undang-undang itu melanggar hak asasi manusia.

Berikutan perlaksanaan hukuman tersebut, orang ramai mula memboikot beberapa hotel milik Sultan Brunei di serata dunia.

Malah, syarikat penerbangan Virgin Airlines membatalkan perjanjian perjalanan kakitangan dengan Royal Brunei Airlines sebagai tindak balas terhadap penguat kuasaan undang-undang syariah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱