Hari ini, merupakan hari yang paling dinanti oleh semua umat Islam iaitu kedatangan bulan Ramadan di mana kita melakukan ibadah dengan menahan lapar dari terbit matahari sehinggalah terbenamnya matahari.

Sememangnya bulan Ramadan sangat ditunggu kerana setiap kebaikan atau ibadah yang dilakukan akan diberikan ganjaran berlipat ganda.

BACA: Negara Ini Pernah Melarang Umat Islam Berpuasa

Sedang kita di Malaysia bebas mengamalkan ajaran agama, berbeza dengan saudara Islam kita di China dimana mereka dilarang untuk menjalani Rukun Islam ketiga itu.

Susulan larangan tersebut, kumpulan hak asasi manusia dan organisasi Islam mendesak umat Islam Amerika Syarikat untuk memboikot produk yang dibuat di China.

Menurut Hena Zuberi yang juga pengarah kepada organinasi tersebut melancarkan kempen memboikot produk buatan China berikutan larangan tersebut.

Kempen yang dilancarkan pada 19 April itu bertujuan untuk memastikan umat Islam agar memikirkan semula keputusan untuk membeli barang-barang yang berlabel “Made In China”.

Dengan perlaksanaan kempen itu juga mereka berharap dapat mengubah persepsi berkenaan produk dari negara terbabit dan mengantikannya dengan produk lain.

“Sememangnya penting bagi rakyat Amerika untuk mendapatkan manfaat dari hubungan pernigaan namum adalah lebih penting un tuk mereka membuka fikiran mereka terhadap kebebasan beragama, hak asasi manusia dan proses undang-undang yang sewajarnya”

“Ramadan adalah masa untuk kita tingkatkan kesedaran kita terhadap isu ini. Rasa lapar akan mengingatkan kita tentang erti kemanusiaan.”

Untuk pengetahuan anda, penduduk suku Uighur di Xinjiang, Tiongkok, merupakan pemeluk Islam terbesar di Tiongkok, China. Sejak tiga tahu lalu, pemerintah di Xinjiang melaksanakan undang-undang dimana umat Islam dilarang menjalankan ibadah puasa. Mereka diancam dan akan dihukum jika didapati berpuasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱