Buat Review Makan Makanan Kucing Dengan Nasi Jadi Trend?
Mesti ramai di antara anda suka menonton video mukbang atau ASMR yang sangat popular di Korea dan kini menjadi ikutan di Malaysia. Tapi dalam banyak-banyak makanan yang ada, lelaki ini memilih untuk membuat ulasan tentang makanan kucing.
Menerusi satu video, lelaki tersebut mencuba sendiri makanan kucing dalam tin beberapa sudu kemudian turut dijamah bersama nasi goreng. Apa yang pasti, lelaki tersebut makan makanan tersebut tanpa sebarang reaksi diwajahnya.
BACA: Jangan Bela Kucing Jika Menyusahkan Jiran – Mufti Perlis
Korang pernah tak terfikir macam mana rasanya makanan kucing? Pernah terfikir nak makan?
Bunyi Agak menjengkelkan tp tengok rilek je brother ni cuba review makanan kucing. 😱😱 pic.twitter.com/W1L3082wX4
— ViralFoodCrew (@Viral_Foodcrew) December 2, 2019
Meskipun agak menjijikkan, namun seorang netizen memberikan komen bahawa ianya adalah perkara biasa dalam proses pembuatan makanan kucing dimana ada ujian rasa untuk memastikan makanan yang dihasilkan itu selamat dimakan oleh kucing.
Dalam pada itu, ada yang memberikan komen lucu selepas ini mungkin makanan kucing di pasaraya akan laku habis kerana ramai ingin mencubanya.
Bukan itu saja, ada di antara netizen turut meminta lelaki tersebut membuat ulasan dengan mencuba makanan kering kucing pula untuk mengetahui bagaimana rasanya.
Tapi perlu diingatkan ini hanya untuk ulasan semata-mata dan janganlah pula ada yang mencubanya sendiri dirumah, bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram