Setiap kali musim cuti sekolah mesti mak-mak pening kepala nak buat hidangan menarik apa untuk anak-anak. Nama pun cuti sekolah, rutin anak-anak apa lagi hanya main dan makan sahaja.

Apa kata cuti sekolah ini ajak anak-anak sama-sama buat aiskrim Milo homemade gebu dirumah. Tak guna banyak bahan pun dan cara untuk membuatnya mudah sangat. Paling penting, aktiviti ini boleh merapatkan hubungan antara mak dan anak-anak.

BACA: Cara Buat Aiskrim Durian Lemak Berkrim, Guna Blender Je

Bahan-bahan:

1 tin susu cair*
2 sudu besar susu pekat *
1 penutup esen vanila*
1 sudu besar ovalet*
1 sachet Milo/ 3 sudu besar

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan didalam blender / mixer dan kisar selama 5 minit.

2. Kemudian masukkan campuran tadi ke dalam tupperware plastik atau bekas aiskrim dan bekukan semalaman.

Boleh olah ikut citarasa anda

Bahan bertanda * adalah base untuk aiskrim vanila. Boleh telak perasa lain yg di gemari seperti serbuk koko, buah strawberi, oreo, sirap coklat. Anda boleh tabur serbuk kacang, coklat beras apa-apa saja yang anda suka.

Senang saja cara untuk membuatnya. Selepas ini tak perlu lagi beli aiskrim di kedai. Anda boleh buat pelbagai perisa yang anda inginkan. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?