Bila Hari Raya je lemang merupakan menu wajib yang perlu dihidangkan pada tetamu. Kalau tiada lemang, rasa macam raya anda tidak sempurna.

Pada asalnya, lemang merupakan beras pulut yang bercampur dengan santan dan juga sedikit garam yang dimasukkan ke dalam buluh dan dipanggang di atas bara api sehingga masak.

BACA: Lemang Pusing Cetus Kelainan

Kalau buat lemang secara traditional memerlukan tahap kesabaran yang tinggi memandangkan masa untuk memasaknya mengambil masa yang panjang. Disebabkan itu, ramai yang hanya membeli sahaja dari buat sendiri.

Tapi sebenarnya sekarang ini ada cara senang buat lemang dirumah. Memang mudah sangat dan tidak memerlukan buluh lemang.

Bahan-bahan:

  • Beras pulu secukupnya
  • Santan bersesuaian dengan kuantiti beras pulut
  • Garam

Cara membuatnya:

1. Tanak pulut bersama santan asli dan sedikit garam

2. Matikan api bila santan sudah kering. Pulut masih separuh masak

3. Dapatkan 2 jenis daun pisang, yang pucuk muda dan tua

4. Balut pulut dengan pucuk muda dahulu dalam keadaan daun melintang

5. Di bahagian luar balut macam biasa seperti kuih lopeh

6. Kukus selama 30 hingga 40 minit

7. Bila sudah masak, bakar sebentar sehingga garing bahagian luar daun. Kemudian buang daun balut bahagian luar & tinggalkan bahagian daun muda

8. Bolehlah potong seperti lemang biasa.

Apa yang pasti, ramai yang tidak akan perasan lemang ini dibuat tanpa menggunakan buluh. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!