Selalunya setiap kali nak makan Sizzling Yee Mee, mesti akan cari di gerai-gerai atau foodcourt. Tapi tak semua tempat rasanya sedap dan kadang-kadang bahan-bahan di dalamnya cuma sedikit.

Daripada anda makan di luar, apa katan anda buat sendiri dirumah. Paling penting, tak perlukan hot plate pun boleh buat. Cara nak buat pun mudah sangat. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Norizaidah Sohefudin ini.

BACA: ’Sizzling Meletop’ Bertakhta Di Hati Pelanggan

Bahan-bahan Kuah Sizzling:

Foto: Facebook

3 biji bawang merah (dihiris)#
5 biji bawang putih (dihiris)#
1 inci halia (dihiris)#
5 tangkai cili kering (gunting kasar)#
Ayam (potong kecil)
Cendawan shitake (rendam & potong 4)
6 sudu sos tiram
Kicap pekat
2 sudu kicap cair
1 kiub ayam
3 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan air)
Garam
Gula
Sawi (yang sudah dicelur)

Foto: Facebook

Cara membuatnya:

1. Tumis ke semua bahan # dengan minyak. Apabila naik bau, masukkan ayam.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kuib. Apabila sudah mendidi, masukkan cendawan.
3. Bila ayam sudah masak, kecilkkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau sehingga kuah likat dan tutup api.

Posted by Norizaidah Sohefudin on Isnin, 8 Januari 2018

Jika tiada pinggan sizzling, boleh guna cara ini:

1. Rendam Yee Mee dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.
3. Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali, pecahkan telur
3. Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi Yee Mee. Kemudian letak sawi yang telah dicelur.

Foto: Rasa.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:
7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza
3 Makanan Korea Anda Boleh Masak Sendiri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pengalaman Makan Bakso Tepi Kubur Cina