Bubble Tea ‘Sihat’ Akan Diperkenal Di Malaysia Tahun Depan
Sebut saja bubble tea, siapa yang tidak gemarkan rasanya. Boleh dikatakan bubble tea menjadi kegilaan ramai sehingga mencetuskan fenomena di Malaysia. Bahkan, ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman tersebut.
Pasti anda tahu minuman bubble tea sangat tinggi kandungan gula dan pengambilan berlebihan boleh beri kesan buruk pada tubuh.
BACA: 4 Bulan Berhenti Minum Bubble Tea, Gadis Ini Mampu Bercuti Ke Luar Negara
Bagaimanapun, selepas ini anda boleh minum minuman kegemaran anda tanpa rasa bersalah apabila minuman bubble tea ‘sihat’ akan diperkenalkan di Malaysia mulai tahun depan.
Difahamkan, syarikat Holista CollTech Ltd (Holista) bersama-sama SunFresh Fruit Hub Sdn Bhd (Fruit Hub) mengumumkan kerjasama mereka untuk menghasilkan tiga bahan utama bubble tea yang sihat.
Tiga bahan utama tersebut iaitu boba, sirap gula dan gula karamel dan menariknya ketiga bahan yang akan dihasilkan itu mempunyai indeks glisemik rendah.
Pengasas Holista, Datuk Dr Rajen Manicka berkata sirap gula di dalam boba tersebut 80 peratus kurang kalori tetapi masih memberikan rasa yang sama.
“Cabarannya adalah untuk menawarkan versi yang lebih sihat yang dapat mengurangkan potensi diabetes dan obesiti yang lebih tinggi.”
“Kami menggabungkan sains dengan jangkauan pasaran dan memahami tentang keperluan penjual bubble tea untuk menawarkan alternatif yang lebih sihat serta mampu milik.”
Purata 500ml minuman bubble tea mengandungi kira-kira 8.5 sudu teh dan anggaran 281 hingaa 640 kalori. Nampaknya, pengenalan minuman tersebut dalam versi sihat kelak ternyata merupakan berita gembira buat percinta bubble tea.
ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang
- SUMBER
- The Malay Mail