Pasti ramai tahu baru-baru ini kecoh apabila seorang graduan melakukan protes ketika majlis konvokesyen Universiti Malaya pada Isnin lalu. Terbaru, graduan tersebut, Wong Yan Ke, mahu Naib Canselor universiti itu berdepan dengannya.

Menurut Yan Ke, dia masih menunggu jawapan daripada Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berjumpa dengannya bagi tujuan rundingan damai itu.

BACA: Tanda Sokong Negara, Universiti Jepun Pecat Pensyarah Merokok

“Pada saya, beliau sepatutnya berdepan dengan saya, bukannya berdiri di belakang persatuan atau sebagainya, malah menyorok selepas laporan polis dibuat.

“Sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali menghantar surat dan memorandum berkenaan isu lain membabitkan mahasiswa tetapi beliau tidak pernah memberikan maklum balas,” katanya.

Dalam pada itu, Yan Ke berkata dia akan memohon maaf kepada Abdul Rahim Hashim diatas tindakannya itu sekiranya Naib Canselor itu terlebih dahulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman.

“Dia juga perlu meminta maaf kerana menyalahgunakan kuasanya untuk mengadakan kongres yang berbaur perkauman (sebelum) ini,” katanya.

Difahamkan semalam, dua kesatuan yang bernaung di bawah UM iaitu Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Universiti Malaya (PEKERTI) menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan terhadap Naib Canselor itu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥