Setiap kali tiba bulan puasa, rasanya tak sah jika tidak menikmati bubur lambuk. Kebiasaannya, bubur lambuk disediakan oleh pihak masjid atau surau dan akan diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Tapi pernah tak anda rasa bubur lambuk perisa tomyam? Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa bubur lambuk tersebut. Untuk pengetahuan anda, bubur lambuk tomyam ini hanya boleh didapati di Johor sahaja.

BACA: 5 Sebab Buffet Terhad 30 Hari Di Hotel Ini Sentiasa Penuh!

Yayasan Warisan Johor (YWJ) meneruskan tradisi sejak sedekad lepas dengan menyediakan bubur lambuk kepada orang ramai termasuk perisa tomyam dan sup tulang gearbox yang jarang disediakan di tempat lain.

Tradisi ini merupakan program tahunan YWJ yang sinonim sempena Ramadan di mana ia dimasak seminggu sekali. Penyediakan bubur lambuk tersebut melibatkan dua periuk perisa tomyam manakala masing-masing satu periuk perasa kurma, sup tulang gearbox dan beriani.

Kamdi Kamil yang merupakan bekas Pegawai Sejarah YWJ berkata resepi bubur lambuk perisa tomyam dan sup tulang gearbox itu merupakan olahannya yang berpengalaman lebih 20 tahun menyediakan juadah berkenaan ketika menjadi Pengerusi Masjid Kampung Melayu Majidee, Johor.

“Mungkin di tempat lain, jarang kita melihat orang memasak bubur lambuk perisa tomyam. Untuk bubur lambuk tomyam ini, ia turut memerlukan masing-masing dua kilogram udang dan sotong, bunga kantan, daun limau purut dan serai,” katanya.

Kamdi berkata lazimnya, bubur lambuk YWJ bukan sahaja dinikmati para penjawat awam negeri ini malah mendapat perhatian keluarga Diraja Johor.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?