Gara-gara telefon bimbit, seorang kanak-kanak perempuan cuba terjun dari tingkap rumahnya di tingkat 19 sebuah apartmen di Larkin, Johor Bahru, 4.10 petang semalam.

Difahamkan, kanak-kanak berusia 10 tahun tahun itu bertindak demikian selepas bertengkar dengan ibunya kerana masalah berkaitan telefon bimbit.

BACA: “Orang Lain Pun Drive Tak Ada Terjun Laut, Buang Karan Siasat”

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal berkata, usaha menyelamat mangsa dilakukan sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.01 petang.

Seramai 19 anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak terbabit berada diluar tingkap tanpa jeriji di belabas bangunan.

Pihak Bomba turut membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah.

Seorang anggota bomba berjaya memujuk mangsa masuk ke dalam rumah kira-kira 15 minit sebelum mangsa sendiri menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam.

Mangsa kemudiannya dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#ResepiRabu: Cara Mudah Masak Sambal Bilis Kicap Peda