Bukan Hanya Di China, Di Indonesia Ada Menu Istimewa Kelawar Masak Lemak
Hangat diperkatakan mengenai wabak Coronavirus yang menyerang wilayah Wuhan, China, timbul spekulasi mengatakan wabak tersebut berpunca daripada Pasar Hunan Seafood yang tertelak di bandar Wuhan.
Difahamkan, pasar tersebut sangat popular dengan menjual haiwan eksotik seperti kelawar, ular tedung, tikus, serigala hidup dan koala untuk dijadikan makanan.
BACA: Rakyat Australia Bengang Koala Dijual Di Pasar Haiwan Eksotik Wuhan
Tetapi baru-baru ini tular mengenai menu eksotik itu bukan hanya dijual di China sahaja malah di Indonesia turut menyajikan makanan istimewa mereka iaitu kelawar masak lemak.
Namun, menu tersebut sangat popular di Sulawesi Utara yang sememangnya diketahui mempunyai kepelbagaian etnik. Penduduk Sulawesi percaya bahawa daging kelawar ini mampu untuk mencegah dan mengubati penyakit asma.
Dalam salah satu episod Best Ever Food Review Show, pengacara Sonny Side telah berkesempatan berkunjung ke salah satu perkampungan yang menjadikan acara memakan daging kelawar sebagai budaya masyarakat setempat.
Daging kelawar akan dipotong menjadi kecil dan dibersihkan bahagian-bahagian tertentu supaya tidak berbau hanyir sebaik sahaja ia dimasak.
Bagaimanapun kepala kelawar tidak akan dibuang kerana bagi mereka kulit di kepala kelawar serta lidahnya adalah bahagian paling sedap.
Seperti kita tahu, kelawar adalah binatang yang membawa pelbagai jenis penyakit yang mampu untuk menular kepada manusia dengan mudah.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak kedengaran lagi kes atau masalah kesihatan dihadapi oleh penduduk tersebut yang memakan daging kelawar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram