Susulan wabak Coronavirus yang mencetuskan kebimbangan dunia, ramai sudah mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak misteri itu.

Dalam pada itu, timbul persoalan mengenai penyebaran wabak tersebut adakah ianya boleh tersebar melalui penghantaran barangan khususnya dari China. Malah, ramai yang meluahkan rasa bimbang jika barangan yang dibeli mereka mempunyai virus tersebut.

BACA: Rakyat Malaysia Di Wuhan Rayu Untuk Pulang, Sanggup Dikuarantin Asalkan Di Tanah Air Sendiri

Perkara itu mendapat perhatian Public Health Malaysia yang menjelaskan bahawa tiada bukti menunjukkan coronavirus boleh merebak menerusi penghantaran barangan dari negara terjejas.

Jelasnya lagi, agak sukar untuk virus terus hidup dipermukaan barangan dan virus biasanya hanya boleh hidup kurang dari 24 jam diluar tubuh manusia.

Meskipun begitu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mencuci tangan, memakai topeng tutup hidung dan mulut dan lain-lain lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?