Wabak misteri coronavirus yang melanda di wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara itu sendiri malah di seluruh dunia. Lebih panik, apabila jumlah kematian meningkat kepada 170 orang dicatatkan hari ini.

Melihat keadaan cemas tersebut, pelajar Malaysia yang berada di Wuhan, China merayu kepada kerajaan Malaysia untuk membawanya pulang.

BACA: Ambil Masa 48 Jam Sahaja, Hospital Coronavirus Di China Sedia Beroperasi

Memetik laporan Astro Awani, Ivan Yeo Zhi, seorang pelajar Universiti Geoscience China memberitahu dia sanggup dikuarantin di hospital, asalkan di tanah air sendiri. Katanya lagi, dia sudah seminggu tidak keluar daripada asrama universitinya.

Katanya, meskipun bekalan makanan dihantar oleh Kedutaan Malaysia, namun ada masanya dia terpaksa meredah bandar yang yang kini ‘berhantu’ hanya demi mendapatkan mi segera.

Menurut Ivan, kedutaan Malaysia di China ada hantar bekalan makanan tetapi menyekat kemasukan produk dari luar telah disekat kerana bimbang akan melibatkan penularan virus.

WUHAN, CHINA – JANUARY 29: (CHINA OUT) A courier delivers supplies to the Wuhan Union Hospital on January 29, 2020 in Hubei Province, Wuhan, China. Due to a transit shut down and lack of supplies, couriers have became the city’s suppliers. The 2019 coronavirus (2019-nCoV), which originated in Wuhan, China, has infected 6078 people and killed at least 132, mostly in China. (Photo by Getty Images)

Ivan turut meluahkan rasa risau dan takut selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi semula wabak Coronavirus di tahap tertinggi di China.

Walaupun sering dihubungi oleh ahli keluarga yang jauh, namun Ivan berharap dapat pulang ke tanah air, biarpun perlu berminggu di dalam hospital. Serta berharap kerajaan Malaysia terus memaklumkan kepada mereka tentang situasi semasa.

Difahamkan, seramai 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China. Mereka terdiri daripada pelajar dan golongan profesional.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak kerjaan sedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Wuhan dan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan China.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?