Selepas ini penunggang motosikal tidak boleh meletakkan motor di tempat sembarangan. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan memulakan penundaan motosikal yang diletakkan secara ‘haram’ di kawasan sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama ialah petak parkir OKU, kaki lima, petak parkir kereta, petak khas dan petak pili bomba.

BACA: ‘Cop Parking’ Kesalahan Jenayah, Anda Boleh Di Penjara

Sumber: @ashrfothmnn

Menurut Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan, operasi tersebut ialah projek perintis dalam pengurusan lalu lintas supaya lebih teratur dan sistematik, memandangkan banyak aduan diterima oleh pihak mereka.

“Alat kunci ini diilhamkan MPSJ sendiri, tindakan penguatkuasaan ini ditumpukan di kawasan yang banyak aduan dan kritikal. Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan ditetapkan akan dikenakan tindakan bawahPerintah Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (Pindaan 2015) di mana kapit motosikal (clamping) dan tindakan Notis Tawaran Kompaun akan dikenakan kepada pesalah.

Sumber: @ashrfothmnn

 

“Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit (RM5), Notis Tawaran Kompaun (RM20) serta caj perkhidmatan (RM5) dikenakan,” katanya.

Perlu diingatkan, sekiranya anda membuka sendiri ‘clamp’ tersebut, anda boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme sehingga RM1,000. Jadi, janganlah parkir motor sesuka hati anda!

ARTIKEL BERKAITAN:
Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza
Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2