Jika dulu kanak-kanak gemar menyimpan biodata rakan sekelas sebagai kenangan, kini pelajar zaman sekarang lebih berminat untuk memiliki buku pickup line yang viral di laman sosial baru-baru ini.

Mungkin disebabkan oleh perubahan zaman, pelajar zaman kini begitu cepat memikirkan soal percintaan walaupun masih bersekolah rendah.

BACA: Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @qamarnazli, memuatnaik tweet mengenai sebuah buku yang dinamakan buku pickup line oleh pelajar sekolah.

Menurutnya, ketika zamannya bersekolah, dia hanya melukis dan membuat kompilasi karakter Pokemon dan Digimon di dalam buku latihannya.

Amboi, bukan main pickup line budak sekolah sekarang ni. Banyak betul idea bila mahu membuat pickup line.

Diharap adik-adik salurkan idea ke jalan yang betul dan janganlah terlalu memikirkan soal percintaan kerana banyak lagi dugaan hidup yang anda semua belum tempuhi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura