Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Kadar obesiti dan diabetes di kalangan rakyat Malaysia membuktikan rakyat negara ini tidak hidup susah disebabkan ekonomi.
Menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), kenaikan kadar obesiti dan pesakit diabetes juga menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang ‘terlebih makan’.
“Saya dengar Ketua Pembangkang kata banyak orang tiada peluang pekerjaan, kurang dapat makanan berkhasiat. Saya rasa ini penyebaran berita palsu.Saya lihat negara kitalah yang paling banyak rezeki makanan.
“Ramai yang mati kerana makan berlebihan. Ramai yang obesiti, ada penyakit diebetis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung sebab mereka makan daging setiap hari, mereka makan ayam setiap hari,” kata Bung Moktar.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat semalam.
- SUMBER
- Astro Awani