Caj Sirap RM18, Restoran Asam Pedas Diberi Notis Amaran
Jika sebelum ini viral mengenai maggi ketam ‘cekik darah’, kali ini tular di media sosial gambar resit air sirap yang dikenakan caj RM18 untuk satu jag di sebuah kedai makan di Melaka Tengah.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan notis amaran kepada sebuah restoran Asam Pedas di Taman Kota Laksmana.
BACA: Maggi Ketam RM50 Semangkuk, Ini Jawapan Pemilik Kedai
Pengarah KPDNKK negeri, Jaiya Abu berkata notis itu diberikan untuk pengusaha mengemukakan dokumen tunjuk sebab selepas kedai makan tersebut tular gara-gara mengenakan caj RM18 untuk satu jag air sirap.
“Kita telah buat pemeriksaan dan mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.
“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mempunyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya kepada Astro Awani.
Selain itu pengusaha restoran turut diarah mengemukakan dokumen tunjuk sebab membabitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung yang dijual mengikut tangga harga berlainan.
“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tunjuk maklum balas harga hidangan itu,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Astro Awani