Capati Tak Bulat, Suami Cekik Isteri Sampai Mati
Capati merupakan makanan popular bagi masyarakat India di bahagian utara India. Kini, capati diminati oleh pelbagai bangsa kerana ia sedap dimakan bersama kuah kari dan bagus untuk kesihatan.
Ramai yang memilih untuk menikmati capati di pagi hari kerana ia dapat memberi sumber tenaga di samping menjaga kesihatan anda. Malah, ada yang sanggup bergaduh sehingga sanggup membunuh demi capati yang diidamkan.
BACA: Lewat Hidang Makan, Suami Tembak Isteri
Seorang lelaki bertindak membunuh isterinya yang sedang mengandung gara-gara roti capati yang dibuat oleh mangsa tidak berbentuk bulat di New Delhi, India.
Mayat mangsa ditemui terbaring di rumahnya pada Ahad lalu oleh abangnya. Ketika kejadian, mangsa sedang hamil empat bulan.
Wanita tersebut dikenali sebagai Simran, 22 tahun, mati akibat dipercayai dicekik selepas dia bertengkar dengan suaminya pada malam Sabtu.
Selain itu, suaminya turut mengurung anak perempuan mereka yang berumur empat tahun di dalam bilik sebelum melarikan diri.
“Saya cuba membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” luah kanak-kanak itu.
Punca kejadian diketahui selepas anak mangsa menceritakan kepada polis bahawa ibunya sering dimarahi kerana bentuk capati dibuatnya tidak menepati selera bapanya.
“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” tambahnya lagi.
Ketika kejadian, kanak-kanak itu menceritakan bahawa bapanya memarahi ibunya selepas dia menghidangkan capati tidak berbentuk bulat. Kemudian, bapanya terus menendang ibunya di bahagian perut.
Justeru itu, pihak polis mengesahkan mangsa mati kerana dijerut dengan tali dan kini pihaknya sedang mencari suami mangsa yang juga suspek utama dalam kes ini.
“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dakwaan membunuh,” ujar pihak polis sebelum mengakhiri perbualan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak
- SUMBER
- HARIAN METRO