Mengambil ilham daripada masakan ibu, ikan merah masak sambal seorang wanita yang berasal dari Malaysia, Diana Chan telah menjuarai program realiti TV, Masterchef Australia musim kesembilan yang berlangsung Isnin baru-baru ini.

BACA: Ini Jumlah Kutipan Bayaran Bag Plastik Yang Anda Bayar 20 Sen

Diana, 29, berjaya menewaskan pesaingnya, Ben Ungermann dalam program tersebut dan berjaya membawa pulang AS$ 250,000 (RM107 0875) dan mendapat ruang kolum di dalam majalah masakan Delicious.

Gambar: The Star

Terkenal sebagai seorang peserta yang konsisten dan bersikap tenang sepanjang pertandingan ini, Diana juga merupakan rakyat Malaysia kedua yang menjuarai pertandingan tersebut selepas Adam Liam yang berasal dari Pulau Pinang pada musim kedua.

Apa yang lebih menarik ketika pusingan akhir Masterchef Australia, Diana mempertaruhkan masakan yang selalu ibunya sediakan iaitu ikan merah masak sambal.

Hidangannya itu telah mengejutkan para juri kerana rasa yang seimbang dan persembahan menu yang menarik.

Gambar: The Star

Walaupun bertugas sebagai seorang akauntan di Australia, Diana mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang masakan kerana dipengaruhi oleh ibu bapanya.

Menurut bapanya, Joe Chan, sejak dari kecil lagi Diana memang terkenal dengan sikapnya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya.

Tahniah diucapkan kepada Diana Chan kerana mengharumkan nama negara dalam pertandingan bertaraf antarabangsa ini.

VIDEO: Apa Yang Best Di Sungai Petani?