Selalunya bila teringin nak makan tom yam, sudah pasti restoran Thailand atau tukang masak dari negara seberang itu yang menjadi pilihan. Rasa tom yam dari Thailand memang lain dari yang lain dan tak sama dengan cara yang kita selalu masak.

Tapi sebenarnya rasa tomyam yang dimasak menggunakan pes yang dibuat sendiri lebih sedap daripada pes yang dibeli. Apa kata anda cuba resepi pes tom yam yang dikongsikan oleh Norashikin Bt Hasan yang tengah viral ini.

BACA: Niat Nak Makan Maggi Tomyam, Tak Sangka RM120 Melayang

Bila buat pes apa yang paling penting ianya lebih jimat dan boleh digunakan banyak kali. Sesuai untuk mereka yang bekerja dan tiada mempunyai banyak masa untuk memasak.

Bahan-bahan:

2 biji bawang besar
4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus)
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis ( jika suka kalau nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan
3 sudu cili kering siap kisar
Air asam jawa, gula perang, garam asli
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api perlahan.

3. Apabila pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.

4. Padamkan api. Masukkan garam (saya suka pakai garam asli sebab ia bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan)

5. Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Selepas ini kalau teringin nak makan apa saja makanan berasaskan tomyam boleh je terus guna pes ‘kaw’ ini. Tak perlu dah pergi ke restoran Thailand. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️