Bila tengah lapar, pekena telur goreng dengan nasi pun dah cukup sedap. Tapi sebenarnya nak gereng telur mata kerbau ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.

Seorang lelaki bernama Wan Luqman ini kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsikan tip dan cara yang betul untuk menghasilkan telur mata kerbau yang elok rupanya. Pesanan penting oleh Luqman, jika sengaja pecahkan kuning telur tersebut, boleh jadi kes bunuh nanti.

BACA: Pakar Dedah Telur Separuh Masak Pembawa Kuman

Tips goreng telur mata kerbau

1. Guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.

2. Minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali. Jangan risau, kita toss dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit, kemudian boleh di angkat.

3. Guna telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.

4. Bila telur mata kerbau, macam ini. Kuning2 tu samada cair atau separa cair. Baru berselera.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍