Cara Mudah Menabung, Setahun Mampu Kumpul RM4,000
Setiap kali masuk tahun baru, mesti anda ada azam baru. Pasti ada di antara anda yang berazam untuk menyimpan duit untuk pergi travel. Boleh dikatakan ramai dikalangan dewasa bekerja yang tidak mempunyai wang simpanan.
Apa kata sempena tahun baru ini, tetapkan azam untuk menabung dan anda boleh cuba cara mudah ini untuk menyimpan wang. Dikongsikan oleh Wan Nor Adilah, cara wanita ini menabung sememangnya efektif dan dalam masa setahun berjaya mengumpul Rm4,074.
BACA: Gaji RM800 Sebulan Mampu Kumpul RM12k Dalam 3 Bulan
Menabung untuk masa depan
Menurut Adilah, dia mula menabung pada 1 Januari sehingga 31 Disember 2018. Ujarnya lagi, pada tahun 2017 dia tidak berjaya menabung sehingga ke akhir tahun. Namun, pada 2018 dia bertekad untuk tidak usik wang simpanan tersebut.
Cara menabung
– RM1 (simpan RM1 setiap hari. Setahun genapkan RM400)
– RM5 (Simpan setiap minggu 2 keping total, genapkan 108 keping jadi RM540)
– RM10 (simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100)
– RM20 (Simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping)
– RM50 (simpan setiap bulan genap. Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember total RM300)
– RM100 (simpan setiap bulan ganjil. Jun, Mac, Mei, Julai, September, November Total RM600)
– Duit syiling kalau ada masuk tabung
Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM4074. Insyaallah sambung lagi 2019. Ujar Adilah, dia bertekad untuk menyimpan seperti tahun lalu dan tidak mahu buat separuh jalan sahaja.
Ramai yang mungkin beranggapan sukar untuk menyimpan, tapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Facebook Wan Nur Adilah