Baru-baru ini tular di media sosial video seorang murid perempuan darjah satu yang menjadi bualan ramai kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Rata-rata netizen turut merasa kagum dengan kehebatan kanak-kanak bernama Hana Aishah Mustafa Kamal itu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Menurut bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib, dia turut pelik dan hairan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak kecil lagi.

BACA: 4 Tips Mudah Berbahasa Inggeris Cara Dr Amalina Bakri

Menurut Mustafa, anaknya mula berturut dalam bahasa Inggeris sejak umur tiga tahun dan belajar bahasa tersebut sendiri sehinggakan orang kampung memangilnya ‘Aishah London’ kerana kepetahannya itu.

“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.

“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” katanya kepada mStar Online.

Tahukah komer?Hebat budak sekarang, ini baru hari pertama darjah 1 ni. Habis sekolah entah dah jadi mat saleh betul ni.Abang dulu darjah satu tahu yes no alright thank you ja.Power dik

Posted by Sokeryob on Selasa, 1 Januari 2019

Kata Mustafa lagi, dia tidak mempunyai tips atau petua dalam membesarkan anak, namun menekankan pendidikan agama buat anak-anaknya sejak kecil lagi.

“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mustafa memberitahu Aishah mempunyai selera makan lain dari yang lain, dimana sejak kecil dia sukakan spaghetti, pizza dan keju.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱