Baru sahaja 4 hari peraturan larangan merokok dikuatkuasakan nampaknya sudah ada kes dilaporkan dimana seorang pekerja restoran ditampar di pipi kirinya selepas menegur pelanggan supaya tidak merokok.

Kejadian dilaporkan di sebuah restoran di Jalan Makmur 25/64, Seksyen 25, Shah Alam, itu dikatakan berlaku apabila seorang pekerja lelaki restoran tersebut memberikan teguran kepada tiga pelanggannya yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.

BACA: “Tak Payah Nak Ukur, Terus Keluar Je Dari Kedai Makan”

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun, teguran secara baik itu dibalas dengan penampar di bahagian pipi kiri oleh salah seorang daripada pelanggan tersebut. Kumpulan suspek itu kemudiannya beredar selepas membuat pembayaran.

Hasil siasatan turut mendapati ketiga-tiga pelanggan tersebut jarang dilihat datang ke restoran berkenaan. Namun, pihak polis telah mengambil rakaman televisyen litar tertutup di restoran berkenaan dan telah mengenal pasti suspek terlibat.

Pihak polis turut suspek utama yang menampar pelanggan tersebut tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱