Chef Wan dikenali sebagai seorang chef selebriti yang lantang apabila memberi pendapat terutama di akaun laman sosial miliknya. Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya, Chef Wan mengkritik sambal tumis nasi lemak yang yang disediakan di AirAsia Premium Lounge.

Difahamkan, rakannya yang menaiki penerbangan ke Bangkok mengirim rakaman video sambal tumis untuk nasi lemak tersebut. Rakannya memberitahu merasa jijik dengan sambal berkenaan dan Chef Wan turut bersetuju dengan pendapat itu serta meluahkan rasa kesal terhadap hidangan tersebut.

BACA: “Nasi Lemak Cheese? Siapa Punya Idea Ni?”

Ujarnya lagi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan kebanggaan negara dan perlu menjaga imej Malaysia lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan tempatan. Katanya lagi, Nasi Lemak adalah makanan Warisan dan tukang masak perlu belajar lagi untuk memastikan rasanya sempurna.

View this post on Instagram

A Chef friend of mine flew to Bangkok semlm for his vacation and sent me this sambal Tumis for the Nasi Lemak at the Air Asia Premium Lounge. He said " I am so disgusted by this CW". I replied.." Me too..If i were the head Chef there i would have kick the cook ass up there for good and never to enter my kitchen ever again. Ini lah yg selalu nya tukang2 masak yg tak ada hati berkerja, pemalas nak belajar menyediakan sambal tumis dgn baik dan betul dan akhirnya u get alot of unhappy customers and complain to any business out there. Indeed is disgusting. Jika ikut hati saya yg sakit dan garang jika tak kena hari nya trust me that cook might need to wear this sambal aja on him. Perhaps dah kena siram atas kepala itu baru mereka boleh belajar dan membuka biji mata itu sedikit. This kind of quality of Sambal is indeed an insult to any chef profession pun. Jika buat sambal mcm ni my late dad used to say didalam TUDM dah habis askar2 lambung kan tukang masak itu kedalam kawah dan di rebusnya hidup2! Please la to all young chefs out there jika nak masuk bidang ini do us a favour by having abit of dedication and passion. This kind of sambal quality is also an insult to our Malay cusine and heritage of our Nasi Lemak pun. U would only project the wrong image to the whole world of our Malaysian cusine by giving the guests this piece of shit not to mention hati passengers yg sakit. Di mana kah letak otak2 tukang masak yg boleh produced such bad quality sambal ini? In the first place even the Manager in charge at the premium lounge tu buta ke biji mata tak noticed semua ini and still served them? He need to be shot dead too!😂😂😂 Dulu MAS dgn Nasi Lemak Telanjang mereka pandai pulak Air Asia gelak kan mereka! Now 2 x 5 ! Habis la lepas ni viral lagi. Saya juga kena maki. Padahal kita cuba menperbetul kan mereka. Ini makanan Warisan dik pls go and learn to perfect them. U guys are National Carrier to this country. We need a good Image for Malaysia! I will sent Tony F a message after this! They need to get their act together! Nasi Lemak Air Asia tu pun sedap sambal dia dlm inflight tu! Ini kan at Premium lounge! Not acceptable at all!

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Chef Wan turut menyatakan dia akan panjangkan aduan ini kepada CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Chef Wan turut memberitahu kualiti sambal tumis tersebut seolah menghina makanan tradisi Malaysia.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu beliau sedar bahawa perkara yang dibangkitkan ini akan tular dan mengundang kecaman orang ramai, namun niatnya hanya untuk memperbetulkan mereka.

Terdahulu, Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak ‘telanjang’ yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi, syarikat penerbangan MAS.  Menurutnya, nasi lemak tersebut dilabel ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun seperti kebiasaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍